Thursday, March 31, 2011

Salad n Pastry soup

      Hadoiii lepas tgk resepi dari 1001 resepi aku terus rasa tak sabar nak cuba..aku cari pastry instant ni merata2 area putrajaya nih tapi takde pastry yang aku maksudkan brand Kawan mcm 1001 resepi punya suggestion...last-last aku beli di giant kelana jaya punya la seronok dah jumpa terus aku grab 3 paket, 1 paket ada 10 keping...haaa buat jangan tak buat plakss..
      Ni cubaan pertama aku ok laaa kottt...memang senang guna nih pada mama yg kerja tuh memang okeh la nak wat bila balik keja cepat n mudah... nyumm nyumm



dibakar pada suhu 180c for 15-20 minutes

menjadi jugaksss hehehe bawah pastry tuh ada mushroom soup

En.Hubby wat salad nih-butter, Dill, Black Paper, garam



Combination Salad n pastry soup...



Clicks Here

Platinum Movie Suites,Cineleisure Damansara

Semalam...erkk sempat lagi nooo shima hang p tgk wayang bukan time weekend, kalau dekat takpa jugak, ni nalaaa jauh heheheehe kata aku dalam hati. Bunyi jer punch card aku terus pecut 100 meter laju sbb nak balik cepat..korang bukan tak tahu jalan nak ke the curve tu dari putrajaya nih dah la kena lalu 2 tol jem nyer toksah cakap laaa mcm2 ada coklat lah strawberry lah hehehe
        Dari office aku terus ke umah pengasuh amik anak aku yg tomeiii tuh then terus ke umah mak mertua aku dulu sebab sowey sayang mama tak leh bawak safiya ngeeee nak dating ngan baba ler..baba nya pulak dah tunggu di the curve tuh. Masa sampai je elok-elok jer maghrib so aku solat la dulu pastu terus ke suites tu tgk en.hubby sedap jer duk menjamu selera sowang-sowang, org lain semua tak sampai lagi sebab ni kira mcm gathering my hubby la aku tumpang sekaki jer.. apa lagi masa ni la aku amik peluang nak berposing hehehehe cerr tgkkk model XXL nak pose...
Haaaa Garfield nih lagi laaa XXXXXL dari aku...tetiba rasa diri ni kocik molek jerr heheheh

Boleh jadi model tak??? :P

En.Hubby pon sibuk nak pose gakss

Wahhhh beshhhnyerr kalau balik kerja hari-hari leh relekss camni dulu

En.Hubby mengayakan baju baru...seronok sangatla bila terima parcel dari Arsenal..but aku still MU fan!!! MU!! MU!!

Movie belum start..Pinggan di sebelah dah licin warghhhh hahaha

Okehhh dah bisss... giloss sejuk nasib baik aku sewa blanket tuh n kalau tido terus pun beshhh jugak nih

Ni kengkawan En.Hubby org lain semua dari office en.hubby jerr still mc


Beshhh gak la dis place kalau nak wat gathering leh duduk di lounge dulu sebelum tunggu movie start dalam lounge tu ada Garfield yg gumokss tuh :) massage chairs, X-Box game terminal, and bar (where you can get your refillable drink) tapi aku tak suka sgt minum soft drink nih so tak layannzzz sgttt arr anyway aku enjoy la tgk Movie ni eh lupa lak nak ckp movie apa...aKu tengok MERONG MAHAWANGSA!!!

cLiCkS HErE kalau nak info lebihhh...Tata Titu





Clicks Here

Wednesday, March 30, 2011

Untuk......

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?



P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


..taken from Green Apple...


Clicks Here

Tuesday, March 29, 2011

Roti Jala

Tepung sebelum di jala :)
 Bahan-bahan: Tepung Gandum, Telur, Garam, Kapur makan(untuk rangup), fresh milk or santan.


Tak shantikkk cangat i menjala - guna pan yang tak melekat so tak yah letak minyak nak sihat la katakan

Dicicah dengan Kuah duriannn emmmm yummmy

Hasil aku menjala :P
Clicks Here





Battle:Los Angeles(2011)



Battle:Los Angeles (2011) (click here for more info)

Last weekend aku baru berkesempatan nak g tgk wayang dah agak lama la aku tak g tgk wayang sejak en.Hubby operation lutut dia... Memula en.hubby cakap nak tgk citer nih aku mcm erkk cita ape nih...aku pun layannn jer laaa sekali citer peranggg.....aku ingat cita tari menari mcm step-up tuh...
    Tapiiiii cita nihhh memang terbaekkkk arrrr beshhh sangat aku memang rekomen la kalau korang nak g tgkkk...Dalam citer ni ada semangat perjuangan, ketabahan, kesedihan bak kata semua rempah ratusnya lengkap lahhh beshhh oooo....tang part sedih tuh memang aku menangisss arrr uwarghhhh sedih bangatt!!

Cepat-cepat g tgkkk memang beshhh!!!




Clicks Here

Thursday, March 24, 2011

IT's Not eASY To be..............

"Laughter relieves pain. What we need to do is laugh to help us stay healthy"

Kata-kata ni memang dah lama aku framekan bersama-sama koala tomei disebelahnya. Rasanya sudah hampir 8 tahun masih setia menemani ku... Kata-kata tu amat memberi makna kepadaku terutama sekali ketika aku sedang bersedih... tengok saja pada ayatnya so meaningful... Tambahan pula dengan kehidupan aku sekarang nih yang dah berumahtangga n dah ada anak... Kesihatan memang perlu aku jaga walaupun ada ketikanya aku rasa letihhh, sedih, tak sihat dll...  Pada aku, walaupun se sedih, se letih macam mana pun se tak sihat macam mana pun cubalah untuk ketawa n it's really work to relieves ur pain.... tapi jangan la ketawa tengah-tengah org ramai n sorang-sorang lak tu kang dikatakan tak sihat metal pulak...lagi terukkk.....n of course satu lagi dengan mengadu kepadanNYA la... .
Setiap hari ku mohon agar diberi kesihatan yang baik agar ku mampu bertahan dan terus bertahan bagi mengharungi liku-liku sebuah kehidupan sebelum berakhirnya nafas ini....
Impianku hanya untuk jadi yang terbaik pada orang-orang kesayangan ku, supaya satu hari nanti aku tidak akan menyesal kerana mensia-siakan peluang yang aku ada sekarang, biarpun pahit, biarpun hatiku yang terluka,  kucuba juga selagi terdaya... Dan dalam meniti kehidupan ni mak selalu mengigatkan aku bahawa setiap yang terjadi adalah rezeki.....


Clicks Here Taw!!!

Tuesday, March 22, 2011

Botol Susu BPA FREE????

Assalamualaikum...nampaknya masih ramai yang masih keliru dengan apa itu BPA Free di sini aku nak share sedikit info yang boleh di perolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia Klik Sini untuk baca info pasal BPA Free nih...okeh Selamat Membaca...


Clicks Here

Hot Air Balloon Putrajaya!!!

Sian en.hubby berkerusi roda dan bertongkat (*0*)



my adik ipar wit me n safiya..tgk mulut safiya tuuu sukerr sgt wat gitu


Safiya dalam keterujaan tgk balloon...n mamanya cibukk nak jeling camera uiishhh

Ala doremon nih asyik tunjuk bontot jerr

Dah nak balikkk dahhhh
Selama tiga kali hot air balloon ni diadakan di putrajaya, aku missed sekali untuk menyibukkan diri pegi ke sana...aku pun dah tak ingat nape aku tak pegi, cumanya tahun ni aku happy n sedih sket...sket jah.. yang happynya coz anak aku ada bersama-sama leh tgk ballon n safiya so excited dapat tgk balloon yang mcm2 bentuk tuuu... but yang sedih nya my hubby tak leh berjalan hanya berkerusi roda sebab tak sembuh lagi dari pembedahan  hari tu.....tapi berkerusi roda pun nakkk jugak pegi tgk... ye la sian my hubby bosan duk di umah jerrr so bawak lah nasib baik ada adik ipar sekali kalau tak macam mana aku nak tolak sambil dukung safiya....oit tak mampu dehhh..

Gambar di bawah ni masa memula Hot Air Balloon dianjurkan d putrajaya


 Me n Husband

n wit anak buah aku Dania n Leena

Time muda-muda :p




Strawberry Bread Pudding with Custard Sauce

Semalam aku puasa...dah jadi tabiat agaknya kalau puasa jerr suka sangat tengok resepi-resepi nih hehehehehe mugkin dengan tgk buat aku tak lapar kot (^_^) kott...padahal meleleh air liur sampai ke kaki hikhikhikhik dalam duk blog-walking tuh aku tergoda dengan resepi dari akak ni klik sini cuma aku ada la ubah sket resepi akak ni ikut cara aku :) dalam resepi tu guna raspberry tapi aku tukar guna strawberry n susu pula aku guna susu Ducth Lady Full Cream..alhamdulillah menjadi la jugak... 




Puding roti sebelum dibakar-Letak Butter sket
In proses dalam Oven- 180c 30Minit or saMpai namPak masaK
Dah siap dituang dengan Custard Sauce
Oppss pic wat Custard Sauce lupa lak nak snap anyway leh jer g ke 1001resepi.blogspot.com untuk dapatkan detail resepi nih...sElamat MenCuba...





Monday, March 21, 2011

Safiya Menari erkk ???


Cuba tengok gelagat safiya nih hadoiiii aiii pantang dengar muzik nak menari jerr...mana dia belajar pun tak tau lerr..Baba pun Layanzzzz...baba pun menari cam safiya gaks tapi cuma perlu goyang perut sajerr hikhikhik sekarang safiya dah pandai main-main sendiri dah besauuu yerr anak mama nih cepat jerr masa berlalu..tetiba sayu lak rasew...huhuhuhu semoga anak mama ni sihat sejahtera n menjadi anak yang solehah ok...aminn

Mencuba Hadiah Birthday

Pagi tu mama n mama fatin bawak anak mama yang chumel ni g swimming di presint 5. Safiya so excited coz nak naik pelampung baru, pelampung ni dihadiahkan oleh mama kila masa 1st birthday safiya tq ya... Memula safiya takut gaks tapi lelama tu naik syokk lak sampai tak nak keluar..haiii anak mama sowang nih.... mama tak mandi coz nak jaga barang-barang n jadi photographer (ceh alasan) :) next time kita mandi sama-sama yer.. ..baba pun tak join coz baba still tak leh berjalan mcm biasa..insyaallah bila baba dah sembuh n ok kita mandi sama-sama ye sayang...
safiya dah pandai kodek-kodek kaki so cute!!

apa yang mama fatin ngajor tu sampai kebam mulut2

mama meh la join

Ngata mama ekk tak nak mandi..







Thursday, March 17, 2011

Homemade Meatball aka Spagetthi Meatball

Alhamdulillah menjadi jugak Meatball aku walaupun tak berapa ball hehehehehe... Rupanya sonang jah... Meh kita share sama-sama. Aku pun banyak belajar dari youtube sebab senang kan leh tgk terus cara diorg masak.N tgk skill diorg..maka terhasilah meatball aku dan yang paling beshh bila en.hubby kata sodappp... hilang rasa penat semua!!

Bahan-bahan
1.2 Tiub Kecil Mince Beef/ Ground Beef
2.Parmesan Cheese
3.2 Biji Telur
4.Fresh Parsley Leaf(Cincang)
5.Bawang Holland(Dadu)
6.Bawang Putih(Dadu)
7.Lada Hitam/Putih
8.Garam sesedap rasa
9.Roti Gardenia lembabkan guna air/Bread Crumbs

Cara-caranya
Pukul telur hingga kembang then ketepikan. Bawang putih n Bawang Holland tu korang goreng hingga layu then ketepikan jugak. Kemuadian ambil bowl besar campur semua bahan termasuk dengan telur n bawang, uli semua hingga sebati.. Dah siap bentukkan jadi ball nak besar mana ikut suka korang lah... Lepas tu goreng guna api medium jerr jangan kuat sangat or slow sgt...bila dah tukar warna tu maknanya dah masak laaaa
Untuk buat kuah aku guna Kimball jer yg dah siap sebab malas nak wat kuah. Meatball yang dah siap digoreng tadi tu korang campur jer dalam kuah masak sampai sebati... Dah siap...


yummyy

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahannya seperti dibawah ekkk
1.Telor
2.Kacang Panjang
3.Carrot
4.Bawang Putih
5.Bawang Holland
6.Parsley
7.Ikan Masin Ikan Kurau
8. Garam
9.Sos Ikan
10. Sos Tiram

Nasi Putih bagi sejuk semalaman dalam Fridge yer baru tak melekat

Dan Haasilnyaaa.. Cara buatnya korang tahu la kot coz mood M melebihi mood R :p

Wednesday, March 9, 2011

Kek

Tghri aku n the geng selalunya gi Alamanda. Tiba ditengah-tengah Alamanda tu ada exhibition pasal MOM'S BAKING NEEDS yang bermula hari ni sampai 13/03/11. Kitaorg pun apa laee menyibukkan diri la jugak melihat-lihat barang kat situ..aku sempat beli buku resepi satu n kat situ jugak aku nampak ada la pisau yg chumel mcm dalam Junior masterchef guna tu tapi lupa lak nak amik pic. Ok la barang2 yang dia jual..ada mcm2 cup cake, cake, buku-buku resepi, Oven, Pisau, Roti Benggali pun ada aku siap dapat tester dia lagikk sedappp ooo..... ni ada beberapa pic cake yang sempat aku snap...so cute boleh dimakan ni taw....

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!