Tuesday, August 14, 2012

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

 Assalamualaikum...salam ramadhan, pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 25 Ramadhan dah, cepat sungguh waktu berlalu kan..hummm rasanya macam baru jer berpuasa. Persiapan menyambut raya mcm mana dah siap ker semua...for me alhamdulillah semuanya dah ada dari tudung sampai la ke kueh mueh rasanya dah ok la. Okeylah today me nak share resepi dari my fav blog  iaitu Masam manis ownernye Kak Ita.

 

Makan Wit Grill Vegie n mash potato

Model tak perlu bayor hehehehe

Homemade Mash Potato...




Resepi Mash Potato
Russet Potato dalam 4 Biji (Potato nih besau2)
1/2 Buttercup
1/2 Cup Full cream(kalau tak cukup tambah lagi)
1 Kuib Ayam
Garam secukup rasa
Parsley Flakes

Cara-cara
Didihkan Russet potato dengan air yg telah dimasukkan kuib ayam dan garam. Rebus sampai empuk jangan hempuk pulaks hehehehe. Bila dah empuk keluarkan potato masukkan dalam bowl  then terus masukkan butter(butter ni tak perlu cairkan sbb dia akan cair sdri) then masukkan susu full cream, parsley. Lenyek sampai rata then siap untuk dihidang.

Kuah Kentang
Brown sos(demi glaze) + full cream + cendawan(dihiris nipis)  
 


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber : Che.Mid FP
Sumber : CT
Sumber : Masam Manis

1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam) 
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


















Clicks Here
 

2 comments:

eija_sweetmama said...

Wow..siap ada mash potato..sedapnye terliur tgk

Shima911 said...

buat la senang jer

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!