Tuesday, September 18, 2012

Pernahkah Kita Terfikir


Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka berbisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan , atau di telefon.

Tapi....Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu berbisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pasa sistem badan manusia.....

Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan.....ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak diselamatkan kembali....

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Masa tetap berjalan....Jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat...Buat apa hidup dalam MARAH-MARAH!!

SENYUM...

Dari : facebook....Dato'Tuan Ibrahim Bin Tuan Man(Official)






Clicks Here
 

No comments:

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!