Thursday, August 4, 2011

Buffet Ramadhan RM 10.00???

Assalamualaikum....n morning semua...hari ni aku nak share tempat berbuka puasa yang murah n sedap. Semalam aku satu family plus makchik sebelah hubby pun pegi berbuka puasa di situ.. Malas nak masak semalam, so bila en hubby call bgtau dia dah booked tempat berbuka apa lae on jer la..

Restaurant nih berdekatan dengan Syabas Sepang so bagi aku yg duk area putrajaya nih kira still okeh la kalau nak g ke sana. So memang berbaloi la pegi DENGAN HARGA sekepala cuma RM10.00 jerr...percaya tak??? betull aku tak tipu...murah gilerkan... mana tak nya kalau compare kita g bazar ramadhan beli ikan bakar 2 ekor pun dah lebih RM10.00.Aku rasa owner dia memang niat bersedekah sempena ramadhan ni kot.


Dari segi food lak memang berbaloi-baloi dengan bayaran RM10.00 sekepala.
Kuih bermacam jenis,
Bubur ada 3 jenis, bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur lambuk,
Buah 2 jenis, orange n tembikai,
Laksa, Mee goreng, Roti Jala Kari ayam,
Pasembor,Nasi goreng, Nugget, Fries, murtabak
Nasi Campur antara lauk nya Ayam goreng, sayur-sayuran, ikan bakar,
ulam-ulaman, sambal belacan, kentang berlada,
Daging masak paprik, lagi apa lagi ekk aku tak ingat lah...dan lain-lain lagi lah...
sebenarnya aku tak makan nasi diet lah katakan hehehehehe org mcm aku agak rugi la kalau pegi sebab tak leh nak makan bykkkk waarghhhh Air lak semalam ada hot coffee, teh tarik, air sejuk /suam, air sirap n air ni berubah ikut hari.

Kat Bawah nih aku nak share picture2 yg aku amik semalam...kedainya biasa je, kipas jer tak beraircond so agak panas la kalau pilih tempat duduk sebelah dalam...so aku suggest kalau korg nak pegi pilih tempat duduk dekat dengan luar or di luar terus sebab dia ada sediakan khemah. Surau pun ada so tak yah risau cuma pada yg gurls tuh bawak la telekung sendiri coz telekung ada satu jerr, n pada yg tak leh solat berdiri kerusi ada. so tak de alasan nak ngelat solat ehhh..
Ni ada no diatas nih...korng call la booking kalau nak pegi..
Laksa yg sedappp..


Ini meja di bawah khemah luar dari kedai.
Ini Dalam kedai tu ramai orgggg

Ini lak station for kuih muih, fruits n bubur
Mee Goreng n Roti Jala

Ni area Nasi berlauk
Kari Ayam n Kuah Laksa

Pasembor n Laksa


me n my cayunkkk

So kesimpulannya memang okey dengan harga RM10.00 macam2 makanan leh rasa compare kalau kita beli n masak di umah.. sape nak pegi jum aajak me sekali ekk...



Clicks Here

11 comments:

amiey lee said...

wahhhh rm10???? murahnyye.. berbaloiii tapi nak g sepang alahai jauhhh

Anonymous said...

ape name restoran nie ?

Shima911 said...

Nama restaurant tak ingat la...tapi kalau nak g u all leh call no yg dalam pic tu...

syikin ekin said...

sepang dekat mne ekkk ????

DeLavega said...

Na0e restoran dia R&B...dekat ngan Bazar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi...

DeLavega said...

Restoran R&B...dekat ngan Bazaar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi...

Shima911 said...

tq tolong jawapkan..

Anonymous said...

terima kasih diucapkan pd owner blog Mama Tun Nur Safiya sebab sudi mempromosikan kedai kami..:))

Restoran RnB..

Shima911 said...

Restaurant RnB: opss tuan kedai baca blog me..so tq nasib baik tak kutuk apa2 ekkk hehehe gurau jerrr...apa salahnya memajukan ekonomi sebangsa seagama kan kan...

Unknown said...

wow bestnya murah lak tu...camna ek nak g bandar baru salak tinggi dgn cara(jalan) mudah dari kajang?

Shima911 said...

Alamak susah nak terang la...awak google map pun buleh..kedai ni berdekatan dgn syabas sepang..

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!