"Laughter relieves pain. What we need to do is laugh to help us stay healthy"
Kata-kata ni memang dah lama aku framekan bersama-sama koala tomei disebelahnya. Rasanya sudah hampir 8 tahun masih setia menemani ku... Kata-kata tu amat memberi makna kepadaku terutama sekali ketika aku sedang bersedih... tengok saja pada ayatnya so meaningful... Tambahan pula dengan kehidupan aku sekarang nih yang dah berumahtangga n dah ada anak... Kesihatan memang perlu aku jaga walaupun ada ketikanya aku rasa letihhh, sedih, tak sihat dll... Pada aku, walaupun se sedih, se letih macam mana pun se tak sihat macam mana pun cubalah untuk ketawa n it's really work to relieves ur pain.... tapi jangan la ketawa tengah-tengah org ramai n sorang-sorang lak tu kang dikatakan tak sihat metal pulak...lagi terukkk.....n of course satu lagi dengan mengadu kepadanNYA la... .
Setiap hari ku mohon agar diberi kesihatan yang baik agar ku mampu bertahan dan terus bertahan bagi mengharungi liku-liku sebuah kehidupan sebelum berakhirnya nafas ini....
Impianku hanya untuk jadi yang terbaik pada orang-orang kesayangan ku, supaya satu hari nanti aku tidak akan menyesal kerana mensia-siakan peluang yang aku ada sekarang, biarpun pahit, biarpun hatiku yang terluka, kucuba juga selagi terdaya... Dan dalam meniti kehidupan ni mak selalu mengigatkan aku bahawa setiap yang terjadi adalah rezeki.....
Clicks Here Taw!!!
4 comments:
setiap terjadi sesuatu itu rezeki...saya akan pegang kata2 tu
yup ingat tuuuu....biar buruk mahupun indah...
ketawa pengubat duka..
w/pun dlm hati tiada sapa yg tahu..
eceh..terjiwang karat plak..
saya mmg suka ketawa..hehe..^_^..
sama la kita jum ketawa ramai-ramai...
Post a Comment