5 Jan 2011 Balik jer dari kerja aku mulakan operasi aku iaitu
masakkkk.....Tak duduk langsung okeyyy....Menu yang dipilih adalah yg menyenangkan bukan ape lepas masak aku sibukk lak ngan safiya, nak
basuh botol-botol susu safiya , nak siapkan beg safiya untuk ke rumah pengasuh keesokannya, nak suap safiya makan huuuuuuuhhhh bz kannn...so kena buat dinner yang simple2 jer la for my hubby.
Bahan-bahannya ialah:
1. Bawang Merah 4 biji
2. Bawang putih 3 ulas
3. Minyak sapi 1 sudu/ but tak kisah la kalau korang nak guna minyak masak or mentega kerr hemtam jerr
4. Ayam..or nak guna Daging pun boleh tak kisah terpulang pada kegemaran masing2.
5. Beras 2 pot
6. Bawang goreng untuk menghias..
7. Papedom tapi sowey la lupa lak nak amik pic en hubby dah ngapp dulu
Cara-caranya:
1.Memula masukkan minyak sapi.
2.Tumiskan bawang-bawang yg telah dihiris or diketuk n masuk sikit kulit kayu manis.
3.Masukkan Ayam
4.Masukkan beras n Air
5.Pindahkan ke dalam rice cooker or masa menumis tu guna terus periuk tu pun boleh senang sket kan...
6.Ok dah siappp tunggu masak jerrr
 |
Haaaa guna ni jerrr |
 |
Taraaaa inilah hasilnya wangiiiii ooooo |