Saturday, August 18, 2012

Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum semua...dikesempatan ini me ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kengkawan di alam maya ni samada yang pernah berjumpa dan yang tidak pernah berjumpa juga takut2 entry2 me ada mengguris perasaan sesiapa. Harap dimaafkan...
           Tahun ni raya pertama n kedua me beraya di Kota Warisan jer, Petang raya ke2 insyaallah me akan bertolak balik ke penang my hometown yeayy!!...eiii tak sabar rasaynya dah lama benor me tak balik kg nih. Hope korang doakan keselamatan kami pulang ke kg yerr begitu jugaks utk korang semua....drive safely..... n nampaknya blog nih jugak akan bercuti panjang la hehehehe cuti raya... okey see u again...



Ni pic Raya Tahun 2011 untuk tahun nih tunggu entry seterusnya...










Clicks Here
 

Wednesday, August 15, 2012

Red Velvet

Thank to Farah n  Saliza my officemate.........







Red Velvet Cup cake sempena Khatam Al-Quran di office me





Clicks Here
 

Alhamdulillah Menang!!!

 Yeayyy me menang main teka-teka "Jom main teka2 earning akaun nuffnang sweetmama" teka-teka ni dari blog Sweetmama.

 Tak sangka pulak tekaan me mengena kali nih hehehehe, walaupun sweetmama nih satu office dengan me tp pujuk mcm mana pun dia taknak bg tau huhuhuhu dia suh teka jugak hahahaha... so me teka je lah.. Nampaknya mata kail dah mengena heheheh cuma perbezaan 0.04 sen jerr so kira teror la jugaks kan hehehe me teka RM59.26 jumlah sebenar di bawah nih

 

 So hadiahnya ialah
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehehehehehe ni kira duit raya lah nih Thanks Sweetmama




Clicks Here
 

Samprit Pandan

Hi!!! Nak share my samprit pulaksss hehehhe...dapat jugaks buat samprit pandan nih. Sekarang ni me bz sikit dengan tempahan kek, so bila ada masa terluang sikit kena la gunakan sebaik2nya baru la buleh nak hasilkan kueh-kueh ni. Me buat kueh ni dengan pertolongan my hubby n my gurl..pandai jugak my gurl letak ceri2 merah tu walaupun ada la senget bengetnya tapi tak pe biar je dia buat baru seronok, tapi kejap je la pastu dia sibuk nak tgk cartoon dah... Resepi ni me ambik dari dapur maklang hehehehe Thanks to maklang coz share resepi ni yang sumber asalnya dari Chef Zubaidah.

Sebelum Dibakar

Guna piping bag, tapi guna dua helai baru okey n cepat siap.

Dah Siap..

 SAMPRIT PANDAN
Sumber : Chef Zubaidah

sumber :Mak Lang

Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan (mklang letak 1st)
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik.

Cara
Sebatikan A
Masukkan B dan uli rata
Gunakan acuan dan paipkan.
Bakar selama 15' dgn suhu 160C
Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih, tabur manik
kla


Clicks Here
 

Tuesday, August 14, 2012

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

 Assalamualaikum...salam ramadhan, pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 25 Ramadhan dah, cepat sungguh waktu berlalu kan..hummm rasanya macam baru jer berpuasa. Persiapan menyambut raya mcm mana dah siap ker semua...for me alhamdulillah semuanya dah ada dari tudung sampai la ke kueh mueh rasanya dah ok la. Okeylah today me nak share resepi dari my fav blog  iaitu Masam manis ownernye Kak Ita.

 

Makan Wit Grill Vegie n mash potato

Model tak perlu bayor hehehehe

Homemade Mash Potato...




Resepi Mash Potato
Russet Potato dalam 4 Biji (Potato nih besau2)
1/2 Buttercup
1/2 Cup Full cream(kalau tak cukup tambah lagi)
1 Kuib Ayam
Garam secukup rasa
Parsley Flakes

Cara-cara
Didihkan Russet potato dengan air yg telah dimasukkan kuib ayam dan garam. Rebus sampai empuk jangan hempuk pulaks hehehehe. Bila dah empuk keluarkan potato masukkan dalam bowl  then terus masukkan butter(butter ni tak perlu cairkan sbb dia akan cair sdri) then masukkan susu full cream, parsley. Lenyek sampai rata then siap untuk dihidang.

Kuah Kentang
Brown sos(demi glaze) + full cream + cendawan(dihiris nipis)  
 


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber : Che.Mid FP
Sumber : CT
Sumber : Masam Manis

1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam) 
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


















Clicks Here
 

Wednesday, August 8, 2012

Iftar

  Menu apa korang semalam...my hubby request buat macaroni bakar lae... so memang senang n cepat la skit, lagipun me tak sihat sikit skrg nih..sakit tekak batuk n semput jugak kekadang dukung my gurl yg dah hampir 13kg.


Macaroni Bakar nih sbb buat banyak so bawak ke sahur lah makannya...hehehhee Malas betulkan 



      
   Hari isnin lepas kereta takde so terpaksa la tunggu my hubby amik dari office, lepas tu g ambil safiya pula dari rumah pengasuh sampai rumah dah kul 5 lebih..... uuuhaiii sempat ker nih sbb menu iftarnya Kari daging, daging korang tahu la memang la lama nak memasaknya kang takut tertanggal lak gigi huhuhuhu kalau daging tak empuk.Alhamdulillah sempat jugaks buatnya..so disebabkan ada lagi masa so me tambahkan lagi menunya Cendawan Goreng, Sup Bebola Daging n fav my hubby Kueh Cara manis.


N pic di bawah ni me berbuka di Restauran Meh Ler di Kampung Pandan. Food dia ok n sedap berbaloi dengan harganya jugaks.
Ni Air Apple Asam Boi n Tembikai susu

Butter Rice

Chicken Chop Musroom Soup besar jugak ayamnya n harganya pun ok

Sup Daging + Roti





Clicks Here
 

Monday, August 6, 2012

New Gadget


 Semua orang sibuk pasal pemangang ajaib ni kan, me pun terpengaruh jugakss hehehehehe...tapi memang tak rugi la beli benda ni walaupun me tahu di Langkawi  baru RM99.00 jer tapi di sini RM139.00  ni pun me dapat harga promosi, tapi kalau beli skrg dah naik RM149.00 huhuhuhu sedih sedih ..Tapi memandangkan menggoreng tak yah pakai minyak...memangang tak yah pakai minyakk...memang beshhh la.. kepada sesape yg nak berdiet tu elok le beli...tapi peringatan kalau lepas guna jgn la dibasuh masa panas2 tuh kang cepat jer rosak petua nih pon terpakai pada kuali2 mcm tefal  tuh. Vantage Cooware ni jugak leh buat macaroni bakar, pizza n ada jugak yg wat cake, tapi cake me tak cuba lagi la..kalau cuba nanti me post n3 yerrr...
  



Dekat Skett

Haaaa goreng sosoj n daging burgerr pun tak yah guna minya sbb daging n sosej tu sdri akan produce minyak...so healthy....errkkk healthy ker???

Chocolate Cake With Buttercream

Cake kali ni di oder oleh kawan office me...so thank you to Kak Ani, cake ni utk dihantar ke taska anaknya sempena hari lahir yg ke 2. Chocolate cake kali ni diselaputi dengan buttercream ber flavor strawberry hope bebudak di taska tu suka la.

Tulisan namanya me buat menggunakkan chocolate.



Angry Birds









Clicks Here
 

Friday, August 3, 2012

Kueh Cara


Bizi betul la skrg nih macam2 aktiviti huhuhuh sian blog ni tak berupdate laks. so now me nak share Kueh fav my hubby n me jugaks...tapi me suka yg garing skit mcm gbr kat atas nih. 

Bahan-Bahan
Sumber: Internet
2 Cup Tepung Gandum
3 Cup Air + Santan(2 cup santan + 1 cup Air) or buleh jugak sebaliknya..kalau santan berlebih ni mmg la sedap tapi JANTUNG la plaks tak sedapnya huhuhuhu
3 helai daun pandan
2 Biji Telur
Sedikit pewarna hijau(Pandan Paste warna hijau pun ok)
secubit garam
Gula secukupnya(inti)



Cara-Cara
 
 Panaskan acuan kuih cara diatas dapur.

 Masukkan semua bahan kecuali gula ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul n tak de sisa-sisa daun pandan.
 
Bila adunan siap masukkan ke dalam jug bagi memudahkan proses untuk memasak. Tuan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , before dat sapu sikit minyak supaya mudah ditanggalkan bila masak nanti.

Sudukan gula ditengah-tengah adunan. Then tutup acuan dgn tudung periuk, tunggu hingga masak.buleh guna belakang sudu utk cek, dah masak ke tidak, Guna api perlahan tau supaya kuih tu tak hangit.

Bila dah masak leh la dipasang-pasangkan sebelum di ngap.







 

Wednesday, August 1, 2012

Brownies

 Assalamualaikum..hadoiii aiii bizi betul la...smlm seharian meeting...skrg ni baru la ada masa sikitttt jerr so today me nak share picture brownies yg telah di oder.



Oder dari Cikgu sek my hubby untuk isteri tersayang....so thank you Brownies Chocolate Cheese Walnut 2kg +- RM60.00 
Di oder oleh Cikgu sek my hubby Brownies Cheese Chocolate 1.9kg +- RM 55.00

Yang ni pulak me buat utk jiran2 tu yang terlebih marble dgn chocolate tu insyaallah balik keje nanti leh g hantar. Brownies Chocolate Cheese Walnut



Clicks Here
 

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!