Monday, July 30, 2012

Cakes

Carrot Cake... Thanks to Kak Zue

Chocolate Cake... Thanks to Kak Misrah

Red Velvet For Sek.Men.Putra Perdana

Clicks Here

Biskut Mazola

 Jum buat biskut mazola pulaks...Biskut ni fav my hubby so tiap-tiap tahun me buat..but dis year terajin skit so ada la buat jual jugaksss weeee

Sumber: Internet lupa la plak blog apa.

Bahan-bahan

200 gm Kacang Tanah yang dikisar
200 gm  Tepung Gandum
100 gm Gula Icing(nak kurangkan skit pun ok kalau tak nak manis)
Secubit garam..ini bertujuan bagi rasa lemak2 skit
1/2 tsp baking powder
Minyak Mazola atau Minyak Jagung secukupnya
Kuning Telur untuk hiasan

Cara-caranya

Satukan kesemua bahan kecuali minyak. Sebatikan kesemua adunan kemuadian masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh dan boleh dibentukkan. Bentuklah mengikut cara masing-masing, me buat bulat-bulat mcm selalunya saje. selepas dibentuk sapukan dgn kuning telur kemudian letakkan kacang tanah sbg hiasan. Jangan lupa sapu tray tu dengan sedikit butter kalau tak melekat la plaks..

170 c 20 minit ikut kesesuaian oven masing-masing yer.


Nak tahu dah masak ke tidak bila ditolak biskut tu senang bergerak.


Clicks Here
 

Jum Deco Blueberry Cheese Tart

Inspired by Masam Manis Blogspot... Blog kak ita ni beshhh sgt...suka tgk pic2 dia cantik lak tu...
kali ni me nak share picture2 yg me buat lak buat still tak leh lawan kak ita huhuh takpe practice make perfect tul tak...


Dalam shell tart tu masukkan Bluberry Filling, terpulanglah nak letak, kiwi filling ke, strawberry ke, buleh jer.

Then dengan menggunakan piping bag. pipekan adunan Cream Cheese dan buatkan 1 dot utk satu bunga.

Dengan menggunakan lidi lorekkan tart dengan menggunakan pewarna hijau yg dicampur bersama cream cheese
 
Menggunakan lidi yg bersih lorekkan dari bahagian tengah dot merah hingga kebawah menggenai lorekkan hijau.dah siap satu jenis deco.






2 Dot untuk 2 bunga
 Dah siap



2 jenis deco dah siap.....


Mushroom Soup


 Assalamualaikum... sebenarnya n3 ni me dah wat last weekend, tapi apa yg prob pun me tak tau, tak leh nak post through my fon heee geram tol asik failed failed jerr..takpe lah hari ni me share lah cara me wat mushroom soup ni... Buat soup ni untuk my gurl last saturday coz me malas tetttttt siankan my gurlkan makan soup jerr. Tapi ok la gaks memang soup nih kegemaran my gurl hampir separuh periuk settle hehehehe...

 Ni Bahan-bahan yang me guna:-


Susu n soup

Herb



 Cara-caranya

Masukkan soup ke dalam periuk. kemudian dengan menggunakan sukatan tin soup tadi masukkan susu 3/4 tin(but if tak suka rasa susu leh kurangkan sket)janji kedua2 campuran nih tak penuh satu tin... then plus air kosong seinchi lagi nak penuh tin tu..tak mo penuhhh sgttt nanti cair tak beshhh. Api sederhana jer tau jangan berhenti kacau, sbb dia gak berketul-ketul so kena la rajin kacau skit yerr. Bila soup dah nampak hampir mendidih masukkan parsley.. kacau sikit, dah siap.... Mudahkan???? sesuai jugak dimakan bersama Garlic bread. nak ke resepi garlic bread hehehhehe mudah jer...
  • Garlic ditumbuk menggunakan lesung batu kemudian digaul dengan butter plus mix herb skit 
  • Kalau nak pedas leh tambah black pepper.....dah siap(buleh la buat banyak-banyak.)
  • Simpan dalam fridge bila nak guna just spread je atas roti then bakar.


My Gurl dengan Mushroom Soup nyer




Clicks Here
 

Buffet Ramadhan RM10.00 2012

Assalamualaikum...salam ramadhan...haaa tgk tajuk di atas jer semua dah tahu kan. Tahun lepas me ada update pasal buffet ramadhan ni Klik sini, tahun ni ianya kembali lagi me just nak share picture-picture yang me ambil masa g iftar last week....menunya lebih kurang sama tak berkurang pun..tahniah diucapkan kepada pemilik restoran ini, semoga rezekinya bertambah -tambah amin...Untuk berbuka di sini dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tak kempunan nanti coz sememangnya ramai sangat orang, ye la sape yg tak nak RM10.00 kot... Kalau pergi bazaar ramdhan pun mau RM30.00 ke RM50.00 selesai tul tak..

Khemah tambahan untuk iftar dan khemah utuk menunaikan solat bagi jemaah lelaki manakala jemaah perempuan pula ada disediakan di dalam Restoran.

Pelbagai jenis kueh mueh, n 3 jenis bubur masa me pegi ni ada bubur lambuk, bubur jagung, bubur kacang hitam

antara pekerja yang rajin... siap senyum lagi akak nih :)

Bihun, Mee, Pasembor/ Rojak Singapore

Keow Teow Goreng satuuuuu!!!

Nugget, Fries, Sosej, Laksa  n etc

Antara Pilihan air yang disediakan

Pelbagai jenis lauk pauk


Ramainya....Tgk orang beratur di bahagian nasi..mujur me sampai awal so takde la 'q' sangat


Safiya-safiya wat muka apa la plak ni ekkk

Dalam Restoran n di bawah khemah

Makk aiii penuh satu meja isshhh isshhhh :) sapa punya meja la nihhh habis semua diet me hua hua hua



Clicks Here
 

Friday, July 27, 2012

Macaroni Bakar


Macaroni bakar ni memang sedap n mudah jer nak buatnya..n yg pastinya memang sedap lak tu...haiii bila sedap badan pun sedap je la naiknya hehehehe takpe kita buat2 lupa sebentar ye bab tu... Hehehehe me buat ni bawak pot luck di office sblm puasa baru2 ni.

Rujukan 1001 resepi tapi ada ubah sikit ikut kesesuai me...

Resepinya


Sos putih
2tbsp tepung gandum
1/2 bawang hollang dicincang
1 cup fresh milk ducth lady pon buleh
2tbsp butter
1 tsp Dry parsley
Sedikit garam

Tumis bawang dgn butter then masukkan tepung gandum, jgn henti kacau apinya plak sederhana jer..then masukkan susu kacau sampai agak pekat, agak pekat jer tau bukan pekat sbb bila dah sejuk nanti dia akan pekat. Ketepikan dulu.

Macaroni di rebus dalam 250gm

Sos spagetthi
Prego tradisional dalam tin tau 1
Daging cincang ramly 1 keping
2 kiub daging brand apa pun boleh(nak kurangkan pun buleh)
Bawang besar + bawang putih (blend)
1 helai bayleaf
1/2 tsp Mix herb

Tumis bawang sampai naik bau kmdian masukkan daging cincang part ni biar lama sikit sampai daging ni betul masak dan akan keluarkan air then masukkan kiub masukkan bayleaf,sos preg, mix herb n last sekali perasakan dgn garam.

Topping
Grated cheddar
Grated mozzarella

Panaskan oven 20 minit 180°c kmdian dalam bekas gaulkan sos putih dgn macaroni yg direbus kmdian masukkan sos spagethi gaul lagi. Kmdian ratakan bahan topping sampai penuh bekas tu.then bakar..
lupa lak nak snap ambik gambar dah potong..
posted from Bloggeroid

Perubahan Fizikal " Mengandung"

 Honeymoon di Phuket Thailand

Haluuuuuu Sesaja hari ni nak mengimbau kenangan time mengandung dulu hahahahaha tetiba lak ekkk...Hope ada rezeki utuk anak ke-2 nanti. Tapi bila memandangkan perubahan fizikal yg akan dihadapi uuuu haaaiiii gerun lak...Janji jgn gelak tau tgk gbr2 ni nanti..hua hua hua gelak dulu utk diri sendiri sbbb me pon nak tergelak tgk muka me hahahah.



Masa ni 3 bulan lebih kandungan, tapi masa ni muka me tak de la berubah sangat lagi kan.













Orang kata kalau mengandung anak perempuan muka cantik, kita rajin nak make-up...tapi me hua hua  habis kembang semua yg semamngnya dah kembang pic ni masa dah 8 bulan kandungan kot humm lupa la plaks. Ni di restoran Saba' tgkkk tu makannn jerr tau..My hubby lak jenis layan je nak makan apa pon dapat tu yang berat naik sampai 130kg sblm bersalin. haaa mesin timbang tu pon nak pengsang timbang me. :))



Pic ni pulak ambil masa konsert Siti Nurhaliza di Istana budaya aduhaiiii lagi la nampak macam beauty n the beast kan kan .Sebenarnya ticket ni me dapat percuma jer besss ooo.
Ni dah lepas bersalin me tak buleh bersalin normal so terpaksa menjalani pembedahan setelah hampir 12 jam menanti dalam labor room .Pic ni masa usia Safiya baru sebulan lebih. Time ni di airport hantar my hubby balik kl, coz me berpantang di penang my kampung la..Kalau korang perasan muka macam dah kecut sikit kan hehehehe tapi jerawat kecil2 tu masih ada..Masa mengandung nih me naik jerawat byk sgt n hitam-hitam lak tuh di badan pon ada huuuhaai sakit lak tuh..










Dua gambar di tepi n bawah ni me terjumpa masa g PPUM tak sangka lak gambar me ada di banner tu, glamor la kejap, Masa ni me g antenatal class di ppum. Class ni memang bagus utuk bakal ibu2 sbb byk info yg kita leh dapat contohnya cara menyusu baby yang kita ingat selama ni benda tu mudah jerrkan tapi sebenarnya ada pelbagai teknik tau yg semamngnya bermanafaat kepada kita.  






Zoom sikit gambar me yang tengah2 tu sedang menyusu baby la konon-konon.
N now safiya dah 2 tahun..alhamdulillah ke atas semua kurniaNYA pada me...Apa-apa pun me tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk bergelar seorang MAMA thank you Allah...


Buah Melaka/ Onde-onde



Haaa sedap ni...rasanya yang kenyal2 ditambah dgn manis gula kabung or gula melaka huuuu memang la terangkat. Me buat ni pada iftar hari ke 2. Ni fav my hubby n me pon suka gak mkn nih...but safiya suka jilat kelapa parut yg disalut pada buah melaka ni...safiya2 hehehhee.

Resepinya
Sumber Internet

2 cup tepung pulut + 2 tbsp tepung gandum
1 1/4 cup air
1/2 tsp pandan paste
1/2 tsp pandan flavour
If rajin nak blend daun pandan pon bolehhh but me hehehe terlebih "M"

Inti

Gula kabung dipotong kecil-kecil


Kelapa parut beli yg putih jer...kukus sebentar utk elakkan dr cepat basi then + sedikit garam.


Cara2

Didihkan air dalam periuk..ni utk rebus buah melaka yg dah siap nanti.
Campurkan semua bahan tapi air tu sikit masukkan coz takut terlembik pulaks..
Bila adunan dah buleh digentel, ambil sedikit adunan leperkan pd tapak tangan kemudian letak gula melaka yg dipotong tadi then tutup rapat dan jadikan bulat...
Rebus dalam air yg dah mendidih tadi.
Buah melaka ni akan masak kalau dah timbul.
Angkat buah melaka then golekkan dalam parutan kelapa tadi....
Dah siap....Senang kan...
posted from Bloggeroid

Cornflakes Madu Ranggup


emmm sedap tau resepi nih tak rugi cuba gerenti menjadik n sedap bangat.


Yang gambar di atas nih dah ada org yg mengodernya..thanks ya...

Resepi
Sumber Internet

Bahan A
125 gm butter
1/2 cup brown sugar
7tbsp honey

Bahan B
6 Cup cornflakes
1 Cup kismis
1 Cup badam or kacang(me tak letak)

Bahan C
Paper Cup
Chocolate rice warna warni

Cara2
Panaskan periuk, campurkan semua bahan2 A then tuangkan dalam bahan B. Gaul sebati. Dengan menggunakan sudu kecil, sudukan ke dalam papercup.
Kemudian bakar suhu 160°c selama 10 minit...bergantung pada oven masing2
Api atas bawah..Kedudukan tray 2 dari bawah...
kalau boleh jangan guna tray hitam coz cepat masak padahal tak masak lagi haaa camno tu.
Guna tudung periuk pon bulehhh jimat gitu tak yah nak beli2 lain..hehehehhe

★Tujuan bakar ni meranggupkan lagi biskut kita n kering skit berbanding kalau sejukkan sahaja melekit skit....
Selamat mencuba...
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

Cheese

 Malam ni korang dinner ape..Dah lama sangat tak masak western..humm western la sangat hehehhehe.. malam nih me masak Bake Macaroni n Cheese wit Chicken Cordon Bleu.. Kedua-dua masakan nih memerlukan Cheese hummm mana la tak bolattt suami isteri nih. Cheese nih memang la sodap tapi tak leh la diamalkan selalu mau sesak jantung karang... Untuk masakan dibawah nih me just guna Chedar jerr coz tu je ada dalam stok, if ada mozarella lagi la beshhh kan...

Fav my hubby la nih.. n safiya lak makan white souce tuh  jer uuuhhhaaaaiiiii












Clicks Here
 

Blueberry Cheese Tart

avirtuouslady.blogspot.com

avirtuouslady.blogspot.com
                                  Thanks to my fren...If nak oder just let me know ok kengkawan..
RM 20 for 25 pcs Medium saiz.

Friday, July 6, 2012

Pavlova n Ben 10 Chocolate Cake

My Pavlova, saja jer cuba letak Chocolate. Pavlova nih memang kena letak buah-buahan yang masam-masam baru leh kontrakan ngan rasa manis base pavlova nih.. Tapi tak leh makan banyak arrr nanti bam bam lagi la me yang memang dah bam bam  huhuhu





Tq pada Puan Lin..Hope Oder lae...



Clicks Here
 

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!