Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah Me Menang Contest!!!

 Alhamdulillah syukur sangat coz me menang Oreo Nufnang Contest!!!! Happy sgt dis morning bila tgk  ada e-mail from nufnang masa e-mail tu tgh upload berdebar2 jerr rasa cam nak tgk result exam jer hahahahahha
Taraaaaaa:- email dari nufnag...

Dear Nuffnanger,

Congratulations, you're the lucky winner of Week 3 of the Oreo Nuffnang contest on the Nuffnang Facebook page! :)

Your prize of 1 year's worth of Oreo cookies, a personalised T-shirt with your blog URL and a digital photo frame has been delivered to the Nuffnang office and is ready for collection, so please feel free to drop by the Nuffnang office to collect your prize. Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (except public holidays), and is located at;

12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.

Kindly collect your prize from our office before 14 October 2011 (Friday), or risk the prizes being forfeited. Once again, congratulations and we hope to see you at our office soon!

PS: Please ensure that your car has enough space to carry 10 boxes of Oreo cookies when you drop by :P
--
Cheers,
Teoh Xinxian
Senior Community Executive


 Apa-apa pun thanks tu Sue sgtttt2 coz sue yang tag me dalam page nufnang suruh join the contest kalau tak tak tahunya ada oreo contest nih dalam fb. Tapi yang tak menahannya ayat ni :-PS: Please ensure that your car has enough space to carry 10 boxes of Oreo cookies when you drop by :P -- mahu aku kena bawak lori nih hahahahhaa....tak sabar sgt nak g office nufnang nak collect semua prize nih...nanti me update citer2 masa g amik prize nih ekkk... So Raya nih lebih meriah la dengan lambakkan Oreo hehehehhehe SYUKRAN SYUKRAN SYUKRAN!!!






Clicks Here

Tuesday, August 16, 2011

Petua Rumahtangga Kekal

 Salam semua...kali ni aku nak share petua yang aku dengar dari radio, lama dah dengar sebenarnya tapi baru ada kesempatan nak update... petuanya ialah:-

                                          1. Ada mata tapi butakan
                                          2. Ada telinga tapi tulikan

hummm amacam baekkk punya petua kan... sebenarnya ada simbolik dan kebenarannya bg petua nih...bagi kes-kes yang tak serius ok lah tapi sampai mendatangkan kemudaratan tu tak boleh la digunakan nanti menganiakan diri sendiri pulak... macam kes mata tu kita butakan lah kalau setakat pasangan kita nih tak leh nak kemas cantik-cantik umah.... ye la sakit kan mata tgk kalau umah bersepah stokin tinggal je di tempat yg dibuka seluar pun gitu, katil tak kemas bila bangun tapi pada pasangannya pulak jangan la ambil kesempatan lak atas kebutaan mata pasangannya tolong la sama kan bukannya kerja berat pun rumah awak jugak kann...

Bab telinga lak pada pasangan yg suka membebel, suka bercakap 24 jam biarlah... dengar jelah nak wat camna dah gitu gayanya kalau tak nak dia membebel ubah la diri tu dulu buat apa yg dia suka....hehehe ckp memang mudah kan hehehhehe...petua ni untuk kekalkan rumahtangga tapi kekal or kekal bahagia??? i'm not sure which one yg kita nak?? duduk serumah tapi mcm org asing atau duduk serumah mcm org bercinta...renung-renungkan...

Punca penceraian hari ini kadang2 disebabkan benda yang simple2 sahaja ye la bab ada org ke-3 tu pun byk gaks cuma kalau pada benda yg simple2 nih kalau leh dielakkan-elakkan lah tapi kalau dah mcm tu jugak tak berubah2 tegur tak jalan sampai berbuih-buih air liur bercakap emmm pikir sdri la ek mcm ada satu kes my fren citer disebabkan masing2 dah tak leh tahan dengan sikap masing2 so amik keputusan bercerai, nak bercerai sekarang ni pun mudah rupanya kalau ada persetujuan bersama cepat je jatuh talaknya Nauzubillah n satu lagi pada yg jenis panas baran n main sedap mulut jer bila bercakap tu pun pikir2 la sblm buat gitu ekk org lain pun ada hati n perasaan gak ingat pikir dia punya hangin jer!!! so yang paling penting dalam umah tangga nih Tolak Ansur la ekkk dan kalau dari segi islammya 1. Solat Berjemaah    2. Makan Berjemaah   3. Tido Berjemaah...tido bersama2 ni tak sorang dah tido sorang g duk tgk tv hummm masa bercinta bukan main sibuk duk ucap gud nite! sweet dream! ta ta ti tu tapi bila dah kawin hang p la dulu naik aku naik kemudian sbb tv lagi penting!! sekali sekali ok la tapi kalau dah hari2 takut pasangan kita gud nite!  sweet Dream!! ta ta ti tu ngan org lain lak hehehehhe wallahualam... sekadar teguran...untuk diri sdri juga utk jadi lebih baik dari hari ke hari....




 

Clicks Here

Monday, August 15, 2011

Mana Silapnya....

Ya Allah Ya Tuhan ku sedih dan pedihnya hati ini melihat adegan-adegan ini... Mana silapnya keadaan jadi begini, tak ada didikan kah?? salah ajaran kah...pengaruh video lucah or internet...apapun sebabnya kita patut bangun dan sedar dari kealpaan dan keseronokan duniawi yang hanya sementara. Datangnya ajal menjemput kita tak diketahui bila waktunya...Takut tidak sempat bertaubat ....Nauzubillahhiminzalik...







gambar zina tersebut diambil dari blog TOK KIYAI. 
Ya Allah...aku mohon padaMu Ya Allah peliharalah Zuriatku..Keluargaku...Keturunan ku...sesunguhnya aku takut pada azab dan siksaan mu...sesungguhnya janji-janjiMu adalah benar....

Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1-6:
Maksudnya:Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia .Mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu . Mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Clicks Here

Hukum Berjabat Tangan

Menurut JAKIM
Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.
Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.
Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.
Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79
Fatwa Yusof Qardawi
Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:
  1. Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut).
  2. Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.
  3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.
  4. Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.
  5. Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Kesimpulannya


Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan sahwat.
Tak nak salam pun betul, dua2 betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. Sebab itu dalam al-quran suruh kita berfikir.
Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal


Clicks Here

Video Lucah???


Salam dan selamat berjuang kepada semua muslimin dan muslimat dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian yang banyak pancarobanya. Umat Islam sekarang ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa sehingga lupa kepada Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita. Maka tepat pukul 12.32 malam tanggal 02 Disember 2009 hari Rabu saya menghasilkan sebuat artikel yang berkaitan pornografi.
Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :
  1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
  2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
  3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.
Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :
  1. Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
  2. Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
  3. Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
  4. Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
  5. Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
  6. Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.
Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :
  1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
  2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
  3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
  4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
  5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.
Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.

Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

Clicks Here

Thursday, August 11, 2011

Menu Berbuka hari ke-6 n 11

 Alhamdulillah sempat jugak tadi masak seperti apa yg dirancangkan heehhehehe beshhh sgt...n sodap gak. kueh ketayap tu 1st time buat sedap but intinya tak melekat sgt my mom ckp sbb tak letak tepung, at least kena letak sket tepung gandum hehehhee...anyway ok lah kot pd org yg baru belajar kan kan


ini berbuka puasa hari ke-6 baru sempat upload grill vegi n ayam roasted

my bubur cha-cha hari ke-6 gak

haaa ni fresh baru buat utk berbuka tadi

ayam mkn ngan nasi ayam tadi








Clicks Here

11/08/11

Pagi nih lepas bangun sahur aku dah tak tido, sebab nak siapkan bahan2 untuk berbuka puasa petang nanti pulak..Menu berbuka nanti nasi ayam n aku ingat kalau sempat nak buat kueh ketayap, Prepared awal senang sket bila balik leh terus masak jer. Lepas dah siap semua tu siapkan bekal untuk anak aku pulak...Bulan puasa nih memang kena keluar awal nak pergi kerja kalau tak punch card merah la dan memang dah pernah merah pun. aku tak suka tgk punch card aku merah sebab tu aku keluar awal...tapi ada org yg tak faham. Masa drive keta pagi nih beberap kali aku tertido hadoiiii aiii bahaya betul sampai kena horn la so soweyyy kerana menyusahkan org lain...Perjalanan aku ke office plus ke rumah pengasuh lebih kurang 20 minit +++ jer selalunya, tapi bila bulan puasa nih ambil masa sampai 48minit lebih mau taknya aku kena kuar awal, kalang kelibut di umah pepagi nak buat itu dan ini buang sampah, basuh pinggan, siapkan beg anak tomei ku sampaikan hp pun tertinggal lak hari nih serabut betol.

On the way nak sampai office dah aku terdengar lagu Maher Zain" Sepanjang Hidup" lagu ni asalnya "For The Rest Oh My Life"... Aku tak tahu kenapa bila tedengar lagu nih hati aku tetiba terasa sayu sangat n air mata tak henti2 mengalir why? why? Y a Allah ya tuhanku even masa duk tulis ni pon air mata aku mangalir...aku sungguh tak megerti....?????



Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusedari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi





Clicks Here

Wednesday, August 10, 2011

My Buttercake

 Ni 1st time buat...hehhehe sebenarnya dah lama buat, baru berkesempatan nak upload the picture...walaupun kek nih zaman dolu-dolu punya kek tapi ianya tetap evergreen tol tak...Lagipun en.hubby suka kek nih... malas nak tulis resepi kalau nak google jah byk la nanti keluar...


Menjadik gakkk

Nak meh dtg umah :)

Nyum Nyum
Clicks Here

My Onion Rings

 Salam Ramadhan... rasanya masih belum terlambat kot lae aku nak ucap selamat berpuasa pada semua ekkk.. Amacam ramadhan kali nih...hope semuanya ok la hendaknya yerrr... org malaysia nih susah nak jumpa yg tak cukup makan, nak nak bulan yg mulia nih ada je yg begitu pemurah bersedekah... alhamdulillah sgt....tapi sian pada saudara seagama kita di somalia yg kebuluran sekarang nih hope bantuan akan sampai la pada mereka....begitu juga yg di palastine....sama-samalah kita berdoa yg terbaikk untuk mereka aminnn...


Kali aku nak share cara mudah wat onion rings...senang bangat n sodappp!!!

Step 1:     Potong bawang bulat-bulat. guna bawang holland hokey...
Step 2:  Rendamkan dalam air kacang soya tak kisah la soya apa brand pun..
pastu celup dalam tepung GOGI kemudian ulangi step 2 then terus goreng hingga kekuning-kuningan...





Tepung Gogi sesuai untuk goreng udang, sotong, ayam dll dah masin so tak yah tambah garam ekkk

Hasilnya emmmm dap dap dap
Clicks Here







Thursday, August 4, 2011

Buffet Ramadhan RM 10.00???

Assalamualaikum....n morning semua...hari ni aku nak share tempat berbuka puasa yang murah n sedap. Semalam aku satu family plus makchik sebelah hubby pun pegi berbuka puasa di situ.. Malas nak masak semalam, so bila en hubby call bgtau dia dah booked tempat berbuka apa lae on jer la..

Restaurant nih berdekatan dengan Syabas Sepang so bagi aku yg duk area putrajaya nih kira still okeh la kalau nak g ke sana. So memang berbaloi la pegi DENGAN HARGA sekepala cuma RM10.00 jerr...percaya tak??? betull aku tak tipu...murah gilerkan... mana tak nya kalau compare kita g bazar ramadhan beli ikan bakar 2 ekor pun dah lebih RM10.00.Aku rasa owner dia memang niat bersedekah sempena ramadhan ni kot.


Dari segi food lak memang berbaloi-baloi dengan bayaran RM10.00 sekepala.
Kuih bermacam jenis,
Bubur ada 3 jenis, bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur lambuk,
Buah 2 jenis, orange n tembikai,
Laksa, Mee goreng, Roti Jala Kari ayam,
Pasembor,Nasi goreng, Nugget, Fries, murtabak
Nasi Campur antara lauk nya Ayam goreng, sayur-sayuran, ikan bakar,
ulam-ulaman, sambal belacan, kentang berlada,
Daging masak paprik, lagi apa lagi ekk aku tak ingat lah...dan lain-lain lagi lah...
sebenarnya aku tak makan nasi diet lah katakan hehehehehe org mcm aku agak rugi la kalau pegi sebab tak leh nak makan bykkkk waarghhhh Air lak semalam ada hot coffee, teh tarik, air sejuk /suam, air sirap n air ni berubah ikut hari.

Kat Bawah nih aku nak share picture2 yg aku amik semalam...kedainya biasa je, kipas jer tak beraircond so agak panas la kalau pilih tempat duduk sebelah dalam...so aku suggest kalau korg nak pegi pilih tempat duduk dekat dengan luar or di luar terus sebab dia ada sediakan khemah. Surau pun ada so tak yah risau cuma pada yg gurls tuh bawak la telekung sendiri coz telekung ada satu jerr, n pada yg tak leh solat berdiri kerusi ada. so tak de alasan nak ngelat solat ehhh..
Ni ada no diatas nih...korng call la booking kalau nak pegi..
Laksa yg sedappp..


Ini meja di bawah khemah luar dari kedai.
Ini Dalam kedai tu ramai orgggg

Ini lak station for kuih muih, fruits n bubur
Mee Goreng n Roti Jala

Ni area Nasi berlauk
Kari Ayam n Kuah Laksa

Pasembor n Laksa


me n my cayunkkk

So kesimpulannya memang okey dengan harga RM10.00 macam2 makanan leh rasa compare kalau kita beli n masak di umah.. sape nak pegi jum aajak me sekali ekk...



Clicks Here

JoM Kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kliks saya taw!!